Tuesday 5 July 2011

KEK COKLAT OREO



Bahan2:-
Bahan untuk base:
120gm biskut oreo yang dikisar (biskut sahaja)
120gm mentega cair


Bahan A(Filling):
2 biji kuning telur
120gm gula
160ml susu


Bahan B:
250gm cream cheese
21/2 sudu besar gelatin ( dicarikan bersam 6 sudu besar air mendidih)
250gm whipping cream (dipukul sedikit)
½ sudu besar jus limau (lemon)
Kim dari biskut oreo (yang digunakan dlm base)
2 keping biskut oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan kek berbintik hitam)


Cara2:-
1. Campurkan biskut dan mentega.
2. Tekan dalam loyang dengan kemas.
3. Letakkan dalam peti sejuk untuk base mengeras. Biarkan seketika.
4. Masak bahan2 dalam A di atas double-boiler.
5. Kacau hingga mendidih dan sebati. Jika tiada double-boiler, letak periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil.
6. Pukul cream cheese sehingga lembut.
7. Masukkan bahan B yang selebihnya. Pukul sehingga sebati.
8. Kemudian, masukkan bahan A yang telah dilakukan ‘double-boiler’ tadi.
9. Tuangkan dalam base yang disediakan awal tadi. Sejukan kembali dalam peti sejuk (bukan freezer)selama 2-3jam.
10. Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment