Koleksi coklat meliputi pelbagai tips, panduan, kaedah, resepi. Ini membolehkan anda menjana pendapatan sampingan dari sumber2 ini. Resepi yang diberikan adalah dari mereka yang berpengalaman dan saya juga telah membuatnya.
Monday 4 July 2011
KEK COKLAT BAKAR
Bahan2:-
250g Butter
2 1/3 cawan self-raising flour
3/4 cawan brown sugar
1/2 cawan granulated sugar
2 sudu besar esen vanila
3 biji telur
1/2 cocoa powder
1/3 dark cocoa powder
3/4 air atau susu segar (kalau nak lemak…pakai susu segar)
Cara2:-
1. Pukul butter dan gula (brown sugar & granulated) sampai kembang (color pucat).
2. Masukkan telur satu per satu.
3. Masukkan esen vanila.
4. Ayak tepung dan cocoa powder (dark dan yang biasa).
5. Masukkan tepung berselang-seli dgn susu atau air.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar 180 C…..lebih kurang 35 minit (depends on oven).
Chocolate Topping
Bahan2nya:-
500g Chocolate
1 cawan susu segar
3 susu besar susu pekat
Bancuhan tepung jagung
1 susu besar serbuk koko hitam
Cara2nya:-
1. Cairkan chocolate (double boiling)
2. Masukkan susu segar, susu pekat, serbuk koko dan bancuhan tepung jagung.
3. Kacau sampai pekat. Tunggu sehingga sejuk baru tuang ke atas kek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment