Tuesday 5 July 2011

KEK COKLAT TANPA TELUR (3)

Bahan2:-
Bahan A:
200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim


Bahan B:
5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas


Bahan C:
180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko


Cara2:-
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.
4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar letrik.
5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 1600C selama
45 minit atau sehingga masak.


Tips:
Ciri penting resipi ini ialah telur tidak digunakan, dengan itu dapat mengadakan kuih tanpa kolesterol.

KEK COKLAT LOVE



Bahan2:-
250gm mentega
250gm gula
300gm tepung naik sendiri
6 biji telur
4 sudu susu
100 ml air sejuk
1 sudu teh bikarbonat of soda
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk koko


Chocolate Topping:-
250gm chocolate cooking
100ml sus cair


Cara2:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu.
3. ayak tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda.
4. Selepas itu masukkan ke dalam adunan telur tadi.
5. Masukkan air. Gaul adunan sehingga sebati.
6. Bakar dalam acuan 9 inci lebih kurang 40min denga kepanasan 1800c


Untuk topping
7. Cairkan chocolate cooking dan masukan susu cair
8. Kek dipotong. Lapiskan dengan chocolate cooking tadi. Hiaskan dengan potongan hirisan coklat diatasnya.

MARBLE BUTTER CAKE



Bahan2:-
137gm gula pasir halus
137gm tepung serbaguna
3 biji telur
137gm margerin
1 gm serbuk penaik
5gm perisa coklat/serbuk koko


Cara2:-
1. Pukul gula dena margerin sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, masukkan sedikit esen vanilla.
4. Setelah adunan sebati, jadikan 2 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko/coklat.
5. Masukkan ke dlam acuan secara berselang-seli untuk mendapatkan corak.
6. Bakar di ketuhar sehingga masak.

KEK COKLAT OREO



Bahan2:-
Bahan untuk base:
120gm biskut oreo yang dikisar (biskut sahaja)
120gm mentega cair


Bahan A(Filling):
2 biji kuning telur
120gm gula
160ml susu


Bahan B:
250gm cream cheese
21/2 sudu besar gelatin ( dicarikan bersam 6 sudu besar air mendidih)
250gm whipping cream (dipukul sedikit)
½ sudu besar jus limau (lemon)
Kim dari biskut oreo (yang digunakan dlm base)
2 keping biskut oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan kek berbintik hitam)


Cara2:-
1. Campurkan biskut dan mentega.
2. Tekan dalam loyang dengan kemas.
3. Letakkan dalam peti sejuk untuk base mengeras. Biarkan seketika.
4. Masak bahan2 dalam A di atas double-boiler.
5. Kacau hingga mendidih dan sebati. Jika tiada double-boiler, letak periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil.
6. Pukul cream cheese sehingga lembut.
7. Masukkan bahan B yang selebihnya. Pukul sehingga sebati.
8. Kemudian, masukkan bahan A yang telah dilakukan ‘double-boiler’ tadi.
9. Tuangkan dalam base yang disediakan awal tadi. Sejukan kembali dalam peti sejuk (bukan freezer)selama 2-3jam.
10. Sedia untuk dihidangkan

CAMPURAN COKLAT HALIA BADAM



Bahan2:-
35gm biskut vanila, potong dadu kecil
50gm hirisan badam, bakar
50gm kismis, belah dua
2 sudu teh halia parut
1 sudu makan mentega tawar, cairkan
100gm coklat masakan putih, cairkan
80gm coklat masakan hitam, cairkan


Cara2:-
1. Campurkan biskut vanila, hirisan badam, kismis, halia parut dan mentega tawar cair. Masukkan coklat masak putih. Kacau rata.
2. Sudukan satu sudu teh diatas loyang yang di alas kertas kalis minyak. Biarkan beku.
3. Sudukan dia atasnya dengan coklat masakan hitam yang telah dicairkan. Biarkan beku.


Tips:-
Membeli coklat masakan putih perlulah putih. Yang berwarna kekuningan tidak elok ketika dicampurkan kerana jenis tersebut tidak mudah meleleh.
Anggaran: 20 ketul

KEK CAWAN DWI COKLAT



Bahan2:-
225gm mentega tawar sejuk
150gm gula pasir halus
100gm coklat masakan hitam,cairkan
4 biji telur
175gm tepung gandum
½ sudu teh pes coklat
30gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
75gm cip coklat


Bahan Topping
100gm mentega tawar sejuk
50gm gula aising
150gm coklat masakan hitam, cairkan
Bahan Hiasan
50gm tembikai kuning
4 biji strawberi


Cara2:-
1. Pukul telur dan gula pasir sehingga lembut. Masukkan coklat masakan hitam cair dan pes coklat.Pukul rata.
2. Masukkan telur satu persatu berselang-seli dengan sebahagian tepung sambil diayak dan dipukul rata.
3. Masukkan baki tepung, serbuk kokodan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan. Masukkan coklat cip dan
dipukul rata.
4. Tuangkan ke dalam cawan kertas tebal kira-kira ¾ penuh.
5. Bakar selama 35minit dengan suhu ketuhar 1800C


Topping: 
6. Pukul mentega dam gula aising sehingga lembut. Masukkan coklat hitam cair. Dipukul rata.
7. Isi topping dalam beg aising dan picit ke atas kek cawan.
Anggaran: 8 cawan


Tips:-
1. Masukkan pes coklat di dalam coklat masakan hitam caur syoaya boleh tercampur rata.
2. Untuk topping, cairkan coklat masakan hitam dan kemudiannya disejukkan seketika barulah dipukul dengan mentega supaya mentega tidak cair.

BLACKFOREST BROWNIES CUP



Bahan2:-
75ml susu cair
150 gm coklat masak hitam, dipotong2
3 biji telur
¼ sudu teh garam
100 gm gula pasir
75 gm mentega tawar
125 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
½ sudu makan serbuk penaik
100 gm jem ceri hitam untuk inti


Bahan Hiasan:-
250gm krim mentega
75 gm coklat masakan hirisan


Cara2:-
1. Panaskan susu cair. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut. Biarkan sejuk.
2. Pukul ringan telur, garam dan gula pasir menggunakan alat pemutar. tuangkan sedikit demi sedikit ke dlam campuransusu sambil dikacau rata. Ketepikan.
3. Campurkan mentega tawar, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau sehingga berbutir. Masukan campuran susu kacau rata.
4. Tuang setengah bahagian adunan di acauan muffin yang di alas cawan kertas. Sapukan jem ceri hitam. Lapiskan lagi adunan.
5. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 1800c sehingga masak.
6. Hias dengan krim mentega dan tabur hirisan coklat masakan hitam.