Koleksi coklat meliputi pelbagai tips, panduan, kaedah, resepi. Ini membolehkan anda menjana pendapatan sampingan dari sumber2 ini. Resepi yang diberikan adalah dari mereka yang berpengalaman dan saya juga telah membuatnya.
Monday 4 July 2011
KEK COKLAT LEMBAB (3)
Bahan2:-
250g tepung
250g gula kastor
250g mentega
5 telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan air
Cara2:-
1. Masukkan air, serbuk koko dan gula perang ke dalam periuk.
2. Biarkan mendidih seketika dan bancuhan menjadi sedikit pekat.
3. Padamkan api dan biarkan sejuk.
4. Pukul mentega dengan gula kastor selama 10 minit. Masukkan telur satu per satu.
5. Ayakkan tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam mentega.
6. Akhir sekali, masukkan bancuhan koko dan kaup balikkan hingga sebati.
7. Kukuskan di dalam loyang bulat berukuran 12 inci yang telah dialaskan dengan kertas.
8. Tutupkan loyang dengan foil. Untuk mengelakkan air dari terjatuh di atas kek.
9. Ianya mengambil masa kira-kira 2 jam untuk dikukus.
Ganache :
Bahan2:-
250g Double Cream
250g Chocolate Masakan
Cara2nya:-
1. Tuangkan Double Cream ke dalam periuk dan biarkan ianya mendidih.
2. Masukkan kepingan kecil coklat masakan ke dalam double cream tadi.
3. Padamkan api dan terus mengacau krim tadi sehingga coklat cair.
4. Biarkan di dalam peti ais semalaman dan sedia digunakan keesokkan harinya.
Tips:
1. Boleh digantikan dengan majerin.
2. Resepi ini hanya membuat separuh adunan.
3. Cara ini tidak menutup loyang dengan foil sebaliknya membalutkan penutup
kukus dengan sehelai tuala bersih untuk mengelakkan air dari tudung kukusan dari jatuh ke atas .
Labels:
gula perang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment