Koleksi coklat meliputi pelbagai tips, panduan, kaedah, resepi. Ini membolehkan anda menjana pendapatan sampingan dari sumber2 ini. Resepi yang diberikan adalah dari mereka yang berpengalaman dan saya juga telah membuatnya.
Tuesday 5 July 2011
CAMPURAN COKLAT HALIA BADAM
Bahan2:-
35gm biskut vanila, potong dadu kecil
50gm hirisan badam, bakar
50gm kismis, belah dua
2 sudu teh halia parut
1 sudu makan mentega tawar, cairkan
100gm coklat masakan putih, cairkan
80gm coklat masakan hitam, cairkan
Cara2:-
1. Campurkan biskut vanila, hirisan badam, kismis, halia parut dan mentega tawar cair. Masukkan coklat masak putih. Kacau rata.
2. Sudukan satu sudu teh diatas loyang yang di alas kertas kalis minyak. Biarkan beku.
3. Sudukan dia atasnya dengan coklat masakan hitam yang telah dicairkan. Biarkan beku.
Tips:-
Membeli coklat masakan putih perlulah putih. Yang berwarna kekuningan tidak elok ketika dicampurkan kerana jenis tersebut tidak mudah meleleh.
Anggaran: 20 ketul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment