Koleksi coklat meliputi pelbagai tips, panduan, kaedah, resepi. Ini membolehkan anda menjana pendapatan sampingan dari sumber2 ini. Resepi yang diberikan adalah dari mereka yang berpengalaman dan saya juga telah membuatnya.
Tuesday 5 July 2011
KEK COKLAT BLACK BEAUTY
Bahan2:-
Bahan A
750gm tepung gandum
180gm serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
Bahan B
500gm gula castor
250ml susu cair
250ml minyak masak
250ml air panas suam
3 biji telur
Topping
250gm serbuk koko
500gm gula pasir
1.25 liter air
250gm tepung jagung
1 sudu besar margerin
Cara2:-
1. Ayak bahan A
2. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan B dan gaul rata.
4. Tuangkan ke dalam acuan 8 x 8 dan bakar.
5. Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan topping coklat
Cara Membuat Topping
1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan masak di atas dapur sehingga pekat.(double-boil)
2. Akhir sekali masukkan marjerin dan kacau sebati.
3. Bolehlah disapukan di atas kek untuk dihiaskan dengan paritan coklat dan cip coklat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment