Tuesday, 5 July 2011

KEK COKLAT TANPA TELUR (3)

Bahan2:-
Bahan A:
200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim


Bahan B:
5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas


Bahan C:
180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko


Cara2:-
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.
4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar letrik.
5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 1600C selama
45 minit atau sehingga masak.


Tips:
Ciri penting resipi ini ialah telur tidak digunakan, dengan itu dapat mengadakan kuih tanpa kolesterol.

KEK COKLAT LOVE



Bahan2:-
250gm mentega
250gm gula
300gm tepung naik sendiri
6 biji telur
4 sudu susu
100 ml air sejuk
1 sudu teh bikarbonat of soda
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk koko


Chocolate Topping:-
250gm chocolate cooking
100ml sus cair


Cara2:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu.
3. ayak tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda.
4. Selepas itu masukkan ke dalam adunan telur tadi.
5. Masukkan air. Gaul adunan sehingga sebati.
6. Bakar dalam acuan 9 inci lebih kurang 40min denga kepanasan 1800c


Untuk topping
7. Cairkan chocolate cooking dan masukan susu cair
8. Kek dipotong. Lapiskan dengan chocolate cooking tadi. Hiaskan dengan potongan hirisan coklat diatasnya.

MARBLE BUTTER CAKE



Bahan2:-
137gm gula pasir halus
137gm tepung serbaguna
3 biji telur
137gm margerin
1 gm serbuk penaik
5gm perisa coklat/serbuk koko


Cara2:-
1. Pukul gula dena margerin sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, masukkan sedikit esen vanilla.
4. Setelah adunan sebati, jadikan 2 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko/coklat.
5. Masukkan ke dlam acuan secara berselang-seli untuk mendapatkan corak.
6. Bakar di ketuhar sehingga masak.

KEK COKLAT OREO



Bahan2:-
Bahan untuk base:
120gm biskut oreo yang dikisar (biskut sahaja)
120gm mentega cair


Bahan A(Filling):
2 biji kuning telur
120gm gula
160ml susu


Bahan B:
250gm cream cheese
21/2 sudu besar gelatin ( dicarikan bersam 6 sudu besar air mendidih)
250gm whipping cream (dipukul sedikit)
½ sudu besar jus limau (lemon)
Kim dari biskut oreo (yang digunakan dlm base)
2 keping biskut oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan kek berbintik hitam)


Cara2:-
1. Campurkan biskut dan mentega.
2. Tekan dalam loyang dengan kemas.
3. Letakkan dalam peti sejuk untuk base mengeras. Biarkan seketika.
4. Masak bahan2 dalam A di atas double-boiler.
5. Kacau hingga mendidih dan sebati. Jika tiada double-boiler, letak periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil.
6. Pukul cream cheese sehingga lembut.
7. Masukkan bahan B yang selebihnya. Pukul sehingga sebati.
8. Kemudian, masukkan bahan A yang telah dilakukan ‘double-boiler’ tadi.
9. Tuangkan dalam base yang disediakan awal tadi. Sejukan kembali dalam peti sejuk (bukan freezer)selama 2-3jam.
10. Sedia untuk dihidangkan

CAMPURAN COKLAT HALIA BADAM



Bahan2:-
35gm biskut vanila, potong dadu kecil
50gm hirisan badam, bakar
50gm kismis, belah dua
2 sudu teh halia parut
1 sudu makan mentega tawar, cairkan
100gm coklat masakan putih, cairkan
80gm coklat masakan hitam, cairkan


Cara2:-
1. Campurkan biskut vanila, hirisan badam, kismis, halia parut dan mentega tawar cair. Masukkan coklat masak putih. Kacau rata.
2. Sudukan satu sudu teh diatas loyang yang di alas kertas kalis minyak. Biarkan beku.
3. Sudukan dia atasnya dengan coklat masakan hitam yang telah dicairkan. Biarkan beku.


Tips:-
Membeli coklat masakan putih perlulah putih. Yang berwarna kekuningan tidak elok ketika dicampurkan kerana jenis tersebut tidak mudah meleleh.
Anggaran: 20 ketul

KEK CAWAN DWI COKLAT



Bahan2:-
225gm mentega tawar sejuk
150gm gula pasir halus
100gm coklat masakan hitam,cairkan
4 biji telur
175gm tepung gandum
½ sudu teh pes coklat
30gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
75gm cip coklat


Bahan Topping
100gm mentega tawar sejuk
50gm gula aising
150gm coklat masakan hitam, cairkan
Bahan Hiasan
50gm tembikai kuning
4 biji strawberi


Cara2:-
1. Pukul telur dan gula pasir sehingga lembut. Masukkan coklat masakan hitam cair dan pes coklat.Pukul rata.
2. Masukkan telur satu persatu berselang-seli dengan sebahagian tepung sambil diayak dan dipukul rata.
3. Masukkan baki tepung, serbuk kokodan serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan. Masukkan coklat cip dan
dipukul rata.
4. Tuangkan ke dalam cawan kertas tebal kira-kira ¾ penuh.
5. Bakar selama 35minit dengan suhu ketuhar 1800C


Topping: 
6. Pukul mentega dam gula aising sehingga lembut. Masukkan coklat hitam cair. Dipukul rata.
7. Isi topping dalam beg aising dan picit ke atas kek cawan.
Anggaran: 8 cawan


Tips:-
1. Masukkan pes coklat di dalam coklat masakan hitam caur syoaya boleh tercampur rata.
2. Untuk topping, cairkan coklat masakan hitam dan kemudiannya disejukkan seketika barulah dipukul dengan mentega supaya mentega tidak cair.

BLACKFOREST BROWNIES CUP



Bahan2:-
75ml susu cair
150 gm coklat masak hitam, dipotong2
3 biji telur
¼ sudu teh garam
100 gm gula pasir
75 gm mentega tawar
125 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
½ sudu makan serbuk penaik
100 gm jem ceri hitam untuk inti


Bahan Hiasan:-
250gm krim mentega
75 gm coklat masakan hirisan


Cara2:-
1. Panaskan susu cair. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut. Biarkan sejuk.
2. Pukul ringan telur, garam dan gula pasir menggunakan alat pemutar. tuangkan sedikit demi sedikit ke dlam campuransusu sambil dikacau rata. Ketepikan.
3. Campurkan mentega tawar, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau sehingga berbutir. Masukan campuran susu kacau rata.
4. Tuang setengah bahagian adunan di acauan muffin yang di alas cawan kertas. Sapukan jem ceri hitam. Lapiskan lagi adunan.
5. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 1800c sehingga masak.
6. Hias dengan krim mentega dan tabur hirisan coklat masakan hitam.

KEK COKLAT BLACK BEAUTY



Bahan2:-
Bahan A
750gm tepung gandum
180gm serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder


Bahan B
500gm gula castor
250ml susu cair
250ml minyak masak
250ml air panas suam
3 biji telur
Topping
250gm serbuk koko
500gm gula pasir
1.25 liter air
250gm tepung jagung
1 sudu besar margerin


Cara2:-
1. Ayak bahan A
2. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan B dan gaul rata.
4. Tuangkan ke dalam acuan 8 x 8 dan bakar.
5. Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan topping coklat


Cara Membuat Topping
1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan masak di atas dapur sehingga pekat.(double-boil)
2. Akhir sekali masukkan marjerin dan kacau sebati.
3. Bolehlah disapukan di atas kek untuk dihiaskan dengan paritan coklat dan cip coklat

CHOCOLATE MOIST CAKE/ CUPCAKE



Bahan2:-
250 gm Butter
300 gm Castor sugar
1 tbs Ovalet
6 biji telur
250 gm All purpose flour
2 tsp soda bicabonate
1 tsp baking powder
Secukupnya Chocolate Chip


PASTE
1 cawan Coco Powder
60 gm Castor Sugar
1 cawan Air


Cara2:-
1. Pukul butter + castor sugar + Ovallet sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji-biji
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan paste
4. Tuang adunan ke dalam tray berukuran 10 in
5. Bakar 160 mengikut kesuaian oven selama 1 jam


TOPPING COKLAT
Bahan2nya:-
300GM Whipping Cream
400gm Cooking Chocolate
1tsp butter


Cara2nya:-
1. Didihkan whipping cream dengan api sederhana sehingga
kelihatan sedikit buble-buble kecil, padamkan api,
masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil.
2. Kacau sehingga ketulan chocolate tu larut.


Tips:
i. Perlu di ingat setengah oven tak sampai 1 jam dah masak.
ii. Seeloknya buat topping 1 hari sebelum.

KEK COKLAT TANPA TELUR (5)

Bahan-bahan : loyang kecil
* 1 cawan tepung gandum*
* 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
* 1 sk serbuk penaik*
* 1/2 sk soda bikarbonat*
* 1/4 sk garam
* 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
* 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
* 3/4 cawan air kopi panas
* 1/3 cawan susu segar
* 1 sk esen vanilla
* 1 sk cuka / jus lemon 


Cara2:-
1. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
2. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu /spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
3. Tapiskan adunan.
4. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
5. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
6. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

KEK COKLAT TANPA TELUR (4)



Bahan2:-
* 3 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 cawan gula kastor(castor sugar)
* 2 sudu teh baking powder
* (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
* 2 cawan air
* 2/3 cawan minyak masak
* 2 sudu makan cuka
* 1 sudu teh esen vanilla
* (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
* Coklat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)


Cara2:-
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan).
2. Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin supaya tidak lekat dan bakar sehingga masak.(bila masukkan lidi keluar dgn bersih).
4. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehlah ditaburkan coklat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)


( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

KEK COKLAT TANPA TELUR (2)

Bahan2:-
Bahan A:
- Ayak kesemua bahan di bawah.
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
2 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikabonat


Bahan B:
- Guna mixer utk pukul bahan2 di bawah sehingga berkrim. Rinn guna hand whisk jer..
3/4 cwn majerin
3 sudu makan serbuk koko
1 camca teh esen vanilla


Bahan C:
- Kacau semua bahan di bawah sehingga larut.
150ml air panas
2 sudu makan madu
1/2 cwn gula caster
1 camca teh serbuk nescafe segera


Cara2:-
1. Masukkan tepung yg diayak dan bahan C ke dalam adunan mentega secara berselang seli.
2. Lakukan sehingga habis dan adunan sebati.
3. Bakar di dalam acuan yg telah dilapik dengan kertas selama 45 minit pada suhu 160 darj cel.

KEK COKLAT TANPA TELUR (1)



Bahan2:-
4 cwn Tepung gandum serbaguna (All purpose Flour)
1 cwn cocoa powder (tanpa gula)
1 cwn minyak masak (boleh juga pakai cairkan butter)
3 cwn gula
3 cwn air
3 sdt baking powder
1 sdt garam
3 sdm vanilla essence


Cara2:-
1. Panaskan oven pada suhu 175 deg Celsius
2. Ayak tepung, cocoa powder, garam dan baking powder ke
dalam sebuah bekas besar dan campurkan gula dan gaul rata.
3. Campurkan minyak, air dan vanilla essence dan kacau sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang pembakar yg telah di minyakkan dan bakar untuk 1 jam

Monday, 4 July 2011

MOIST CHOC. CAKE



Bahan2:-
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko


Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter


Cara2:-
1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak
atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.


Untuk Membuat Choc Ganache:
1. Masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas
ke dalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair.
2. Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
3. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2.
4. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.


Tips:
Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan
bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

SIMPLE MOIST CAKE



Bahan2:-
Bahan A
170g tepung gandum
2 sudu teh bicarbonate soda
57g serbuk koko
secubit garam
170g gula castor


Bahan B
230ml minyak jagung
230ml air
2 sudu Nescafe (kalau suka)
2 camca esen vanila + 2 biji telur
230ml susu pekat


Cara2:-
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau.
2. Bakar pada suhu 180C selama 50min, atau masak menggunakan microwave selama 6 minit.
3. Boleh juga dimasukkan ke dalam acuan/paper cup untuk buat chocolate cup cakes


Chocolate Topping
Bahan2nya:-
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam


Cara2nya:-
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tuangkan ke atas kek rata2

KEK COKLAT BAKAR



Bahan2:-
250g Butter
2 1/3 cawan self-raising flour
3/4 cawan brown sugar
1/2 cawan granulated sugar
2 sudu besar esen vanila
3 biji telur
1/2 cocoa powder
1/3 dark cocoa powder
3/4 air atau susu segar (kalau nak lemak…pakai susu segar)


Cara2:-
1. Pukul butter dan gula (brown sugar & granulated) sampai kembang (color pucat).
2. Masukkan telur satu per satu.
3. Masukkan esen vanila.
4. Ayak tepung dan cocoa powder (dark dan yang biasa).
5. Masukkan tepung berselang-seli dgn susu atau air.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar 180 C…..lebih kurang 35 minit (depends on oven).


Chocolate Topping
Bahan2nya:-
500g Chocolate
1 cawan susu segar
3 susu besar susu pekat
Bancuhan tepung jagung
1 susu besar serbuk koko hitam


Cara2nya:-
1. Cairkan chocolate (double boiling)
2. Masukkan susu segar, susu pekat, serbuk koko dan bancuhan tepung jagung.
3. Kacau sampai pekat. Tunggu sehingga sejuk baru tuang ke atas kek.

KEK COKLAT SEMPOI



Bahan2:-
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 camcateh baking powder
1 1/2 camcateh baking soda
1 camcateh garam
2 cawan gula castor
2 biji telur
2 camcateh esen vanila
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar, dipanaskan


Cara2:-
1. Gaulkan tepung gandum, gula, koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan minyak sayuran dan pukul selama 5 minit.
(The batter will be a bit tough for a cake, but it’s ok)
3. Akhir skali barulah masukkan susu segar dan pukul selama 5 minit lagi (adunan sgt cair).
Be careful sbb the batter will splash everywhere and keep in mind the milk is Hot.
4. Masukkan semua adunan ke dalam 1 loyang SAHAJA (agak2 22cm diameter).
5. The cake will most definitely naik gila2, tp jgn panic.
6. It will shrink back bila dah sejuk (something like gateau).
Kalau adunan dibahagi dlm 2 loyang, you won’t get its super moist.
7. Bakar dalam oven (yang dah preheat), 180 degrees Celcius selama lebih kurang 40 minit.

KEK COKLAT LEMBAB (3)



Bahan2:-
250g tepung
250g gula kastor
250g mentega
5 telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan air


Cara2:-
1. Masukkan air, serbuk koko dan gula perang ke dalam periuk.
2. Biarkan mendidih seketika dan bancuhan menjadi sedikit pekat.
3. Padamkan api dan biarkan sejuk.
4. Pukul mentega dengan gula kastor selama 10 minit. Masukkan telur satu per satu.
5. Ayakkan tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam mentega.
6. Akhir sekali, masukkan bancuhan koko dan kaup balikkan hingga sebati.
7. Kukuskan di dalam loyang bulat berukuran 12 inci yang telah dialaskan dengan kertas.
8. Tutupkan loyang dengan foil. Untuk mengelakkan air dari terjatuh di atas kek.
9. Ianya mengambil masa kira-kira 2 jam untuk dikukus.


Ganache :
Bahan2:-
250g Double Cream
250g Chocolate Masakan


Cara2nya:-
1. Tuangkan Double Cream ke dalam periuk dan biarkan ianya mendidih.
2. Masukkan kepingan kecil coklat masakan ke dalam double cream tadi.
3. Padamkan api dan terus mengacau krim tadi sehingga coklat cair.
4. Biarkan di dalam peti ais semalaman dan sedia digunakan keesokkan harinya.


Tips:
1. Boleh digantikan dengan majerin.
2. Resepi ini hanya membuat separuh adunan.
3. Cara ini tidak menutup loyang dengan foil sebaliknya membalutkan penutup
kukus dengan sehelai tuala bersih untuk mengelakkan air dari tudung kukusan dari jatuh ke atas .

KEK COKLAT LEMBAB (2)

Bahan2:-
Telur – 4 Biji
Susu Cair – 1 Tin
Tepung – 1 3/4 Cawan X 2
Gula – 2 Cawan X 2 ( Boleh Dikurangkan Jadikan 3 Cawan)
Chocolate Serbuk – 3/4 Cawan X 2
Soda Bikarbonat – 1 1/2 Tspn X 2
Baking Powder – 1 1/2 Tspn X 2
Garam – 2 Tspn (Lebih Kurang)
Serbuk Nescafe – (+- 2 Tspn)
Vanilla – 4 Tspn
Minyak – 1 Cawan
Boilling Water – 2 Cawan


Cara2:-
1. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula…beat lagi, kemudian masukkan susu, beat lagi.
2. Masukkan tepung, kemudian minyak, kemudian masukkan coklat serbuk, beat lagi
masukkan nescafe, soda bikarbonat, baking powder, vanilla, beat lagi.
3. Masukkan boiling water, pukul lah sampai ia sebati dan boleh grasekan
baking pan dengan minyak. Ditabur sedikit tepung, tuangkanlah adunan,
dan boleh lah dibakar selam lebih kurang 45 min or lebih.

KEK COKLAT LEMBAB (1)



Bahan2:-
225ml Sunflower Oil
225ml Susu Cair ( Carnation, Ideal, F&N)
4 sudu kecil Golden syrup
4 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bicarbonate
4 butir telur
210 g tepung naik sendiri
210 g gula kastor


Cara2:-
1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang.
2. Tuangkan ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 celcius.
3. Jika anda membuat sebiji kek, bakar selama 45 minit dan sekiranya anda membuat cupcakes, bakar selama15 hingga 20 minit.

KEK COKLAT KUKUS (4)



Bahan2:-
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan butter yg dah dicairkan -I used LURPAK butter
½ cawan susu pekat manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur – kalau telur kecik letak 4 biji


Cara2:-
1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan butter cair ke dlm
periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tutup api biarkan adunan suam.
3. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
4. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.
5. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan
dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je).
6. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.
7. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan


Chocolate Topping
Bahan2nya:-
200gm dark choc bar
1/4 cup whip cream – (ganti dgn fresh milk pun tak pa)
1 tblspn coffee powder * Combine all in a casserole and microwave for 1 min on HIGH.


Cara2:-
Take out and stir well until u get a lovely choc frosting. Or just double-boil over medium heat.

KEK COKLAT KUKUS (3)



Bahan2:-
1 cawan serbuk koko
1 cawam gula pasir
1 cawan minyak masak
½ cawan susu cair
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur


Cara2:-
1. Campurkan koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk
dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak satu.
3. Telur di pukul kembang dan di campur dengan campuran koko tadi.
4. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.
5. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak baru angkat dan sejukkan.

KEK COKLAT KUKUS (2)



Bahan2:-
1 ½ biji butter (250gm + 125 gm)
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


Cara2:-
1. Cairkan butter dalam periuk, kemudian masukkan susu cair,
esen vanilla dan gula, kacau perlahan hingga semua hancur dan sebati.
2. Kemudian tutup api dan biarkan adunan suam.
3. Satukan dan ayak tepung, koko, baking powder, dan soda bikarbonat,
kemudian campurkan semua bahan2 kering kedalam adunan tadi.
4. Kacau sebati hinga rata kemudian kukus selama 1 ½ jam.

KEK COKLAT KUKUS (1)

Bahan2:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1sb soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
(ketiga-tiga bahan ni diayak)
1 cawan gula
2 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanilla


Cara2:-
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan susu, minyak masak dan air suam. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung ngan koko sedikit-demi sedikit sambil terus dipukul sebati.
4. Tuangkan dalam loyang 9″ dan kukus selama lebih kurang sejam.

KEK COKLAT RICH N’ MOIST KUKUS



Bahan2:-
Bahan A:-
2 biji telur saiz besar
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat + air (terpulang nak manis lebihkan susu as long as semua campuran jd 1 cawan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh baking powder


Bahan B:-
1 cawan air panas menggelegak.


Cara2:-
1. Campurkan semua bahan A dlm sebuah mangkuk. Kacau n gaul rata. Tak payah pukul pun.
2. Bila bahan di atas semua dah gaul sebati, masukkan Bahan B iaitu secawan air panas menggelegak tadi dan kacau rata.
3. Tuang adunan dlm loyang dan bolehlah dikukus selama lebih kurang 45 minit atau hingga masak.

PENGENALAN

Apa itu Dark Chocolate?

Sebenarnya salah satu jenis coklat yang digunakan dalam membuat kuih muih dan keke. Bentuknya seakan coklat bar yang biasa kita lihat, Boleh didapati dimana-mana kedai kek dan pasaraya besar. Selain jenis ‘dark’ (gelap), ada juga jenis Milk Cooking Chocolate yang lebih manis dengan kadar susu lebih banyak dan White Cooking Chocolate yang berwarna putih atau biasa disebut coklat putih.


Apakah sebenarnya Emulsifier itu?
Adalah bahan penstabilan adunan. Adunan yang ditambah dengan emulsifier akan lebih stabil, mudah mengembang, tercampur sangat rata, tidak terlalu cair dan tidak terlalu padat, tidak mudah berubah kerana pengaruh keadaan sekeliling. Contohnya, jika adunan telur dan gula dipukul sehingga naik atau kembang, segera ditambahkan dengan emulsifier supaya ianya akan menjadi lebih pekat dan rata juga tidak mendap walaupun dibiarkan dalam oven. Manakala bagi adunan yang tidak ditambah dengan elmusifier biasanya lebih rapuh dan mudah mendap jika dibiarkan lama di dalam oven.
            Oleh kerana ianya merupakan bahan pembantu elmusifier boleh juga tidak digunakan. Dipasaran dikenali TBM, Ovalet dan Qiuck75. Dimana2 kedai kedai ada dijual



Apakah perbezaan SERBUK PENAIK vs SERBUK SODA KUIH?


Serbuk soda kuih adalah soda bikarbonat, tanpa tambahan apa2 bahan lain.Serbuk penaik pula adalah soda bikarbonat yang telah ditambah dengan bahan lain (krim tartar, bahan pengering dll) utk meneutralkan.
Soda bikar bikarbonat, biasanya digunakan utk resepi2 yg mengandungi buah2an spt pisang dlm kek pisang. Ia menghasilkan tekstur yg berlubang besar dan muai. Serbuk penaik pula menghasilkan tekstur yg berlubang kecil tetapi lebih muai.
Soda bikarbonat dan serbuk penaik ini tidak boleh saling bertukat ganti tempat. Kerana perbezaan akti antara kedua-dua jenis bahan tersebut.


Apa itu WHIPPING CREAM, FRESH CREAM dan DOUBLE CREAM?
Krim yang dimaksudkan adalah kepala susu atau pati susu yang telah disediakan dalam bentuk cecair dan serbuk. Di pasaraya besar, biasanya yang cair akan dikemaskan dalam bungkusan kedap seperti kotak di bahagian jualan produk keju dan susu. Contoh jenama yang biasa kita temui adalah seperti Elle & Vire, Rossele, Baker’s Mix dan lain-lain. Manakala serbuk pula, biasanya diletakkan di bahagian bahan2 kuih, seperti jenama Wippy, Bio Blanca dan mcm2 lg.